Guru Abad Ke-21
Tahukah anda , profesion keguruan pada abad ke-21 bukan sahaja terdedah kepada pelbagai cabaran baharu yang berbentuk kebendaan, intelektual, pemikiran, kerohanian, kebudayaan dan ideologi baharu, tetapi juga isu-isu yang berkaitan dengan masalah etika.
Oleh itu, peranan dan komitmen mereka amat diperlukan dan malah tugas menjadi semakin mencabar dengan keperluan pembelajaran Abad ke-21. Sehubungan itu , para pendidik seharusnya mengorak langkah untuk melengkapkan diri sebagai pembina dan pemimpin ilmu khususnya berasaskan teknologi serta bersedia menjurus kepada penguasaan dan penggunaan teknologi maklumat dalam pelbagai bidang.
Tujuan pembelajaran Abad Ke-21 adalah untuk
melahirkan murid yang produktif tinggi, mahir dalam
komunikasi, mempunyai kemahiran berfikir aras tinggi
serta mahir dalam penggunaan teknologi maklumat dan
komunikasi (ICT). Oleh yang demikian bagi memastikan
objektif pengajaran dapat dicapai, guru-guru perlu terlebih
dahulu melengkapkan diri dengan kemahiran-kemahiran
tersebut sebelum dalam melaksanakan pengajaran
dengan berkesan.
No comments:
Post a Comment